Berikut kenyataan rasmi Dewan Ulamak PAS Pusat :
Dewan Ulamak PAS Pusat yang bermesyuarat pada hari Sabtu yang lalu yang bertarikh 12 hb Januari 2013 membuat keputusan bahawa kalimah Allah yang merujuk kepada Allah yang Maha Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan merupakan kata nama khusus bagi aqidah umat Islam dan tidak boleh digunakan dalam Bible.































