Dewan Ulamak PAS Pusat

Parti Islam Se-Malaysia PAS

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Tarikh Pilihanraya Umum Hantui BN ?

E-mail Cetak PDF

Perak: Sehingga kini PM Malaysia masih lagi teragak-agak untuk menentukan tarikh pilihanraya Umum yang akan datang memandangkan mood rakyat Malaysia sekarang tidak banyak memberikan keuntungan kepada survival parti itu dalam PRU yang akan datang.

Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Ismi Muhamad Taib ketika mengulas tentang keengganan pihak kerajaan yang dipimpin oleh Umno BN sekarang untuk mengistiharkan tarikh pilihanraya yang akan datang.

Kengganan ini berkemungkinan mengikut kajian di pihak BN sendiri akan memberikan kesan buruk kepada parti itu sekiranya dilaksanakan sekarang.

Walaupun pelbagai umpan ditabur kepada sasaran mereka, namun PM masih tidak percaya rakyat sudah menyokongnya semula.Umpan masih terus dirangka untuk ditabur lagi selepas Aidilfitri ini.

"Kalau kita tengok, di kampung-kampung, rakyat pun sudah tidak hairan dengan umpan yang ditabur BN. Mereka ambil, terima tetapi pendirian politik mereka nampanya menolak BN" tegas beliau.

Menurut beliau lagi, oleh kerana terlalu banyak umpan yang ditabur, rakyat terus menunggu untuk memakan umpan tersebut tetapi telah bersedia dengan sikap poltik semasa menyokong Pakatan Rakyat.

Beliau yakin bahawa ini adalah sebab mengapa PM bimbang untuk mengadakan PRU 13, wang habis tetapi tiada berkesan untuk BN. Kempen-kempen memburukkan  Pakatan rakyat juga semakin agresif dilakukan oleh cybertrooper BN dan pelbagai fitnah ditabur sesuka hati mereka bagi mencapai tujuan itu.
Dipetik dari Harakah

You are here: