Dewan Ulamak PAS Pusat

Parti Islam Se-Malaysia PAS

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Ulamak Luar Diminta Selidik Politik Malaysia Terlebih Dahulu

E-mail Cetak PDF

tn_nikmohdzawawiKuala Lumpur - Pihak luar tidak boleh menentuk masalah haji dengan pilihanraya yang membabitkan negara ini memandangkan mereka kurang arif dan memahami sistem dan situasi pemerintahan di negara ini.

Demikian tegas Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Hj. Nik Muhammad Zawawi Hj. Salleh ketika mengulas kenyataan individu ulamak luar yang tertentu yang mendakwa umat Islam tidak perlu menangguhkan ibadat haji semata-mata untuk menyertai pilihanraya.

Menurut beliau, kenyataan tersebut perlu melihat kepada situasi dan keadaan samasa politik di negara ini sebelum sebarang pandangan dikemukakan.

"Perkara ini berkait rapat dengan masalah hukum, sebagaimana yang telah saya tegaskan, memilih pemimpin adalah suatu tanggungjawab yang besar dalam agama dan adalah satu kefarduan", ujar beliau lagi.

Malah katanya, kenyataan yang dikeluarkan itu mungkin telah dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu kerana ianya seakan dibayangi rentak politik Umno-BN di Malaysia.

Katanya lagi, apabila perjuangan melalui pilihanraya merpakan perara wajib bagi menentukan dasar serta masa depan Islam dalam negara, isu penangguhan haji ini sangat besar.

"Sebab itu, kami menegaskan bagi mengelakkan berlaku penangguhan haji, Perdana harus mengistiharkan pilihanraya tidak diadakan pada musim haji". tegas beliau.

You are here: