Dewan Ulamak PAS Pusat

Parti Islam Se-Malaysia PAS

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Kerajaan Malaysia Didesak Prihatin Isu Umat Islam di Myanmar

E-mail Cetak PDF

Kuala Lumpur - Kerajaan Malaysia di desak supaya memainkan peranan yang lebih prihatin sebagai salah sebuah anggota ASEAN yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi untuk memastikan umat Islam di rantau ini tidak dizalimi oleh mana-mana pihak.

Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din ketika mengulas laporan media antarabangsa yang melaporkan situasi yang menyedihkan yang menimpa umat Islam di Myanmar.

Menurut beliau lagi, Malaysia sepatutnya menggunakan segala saluran diplomatik untuk mengenakan tekanan kepada kerajaan Myanmaruntuk menghentikan konflik ini daripada terus menghimpit umat Islam di sana.

"Kita mendesak agar kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang segera khususnya mengenakan tekanan secara diplomatik untuk memastikan umat Islam di negara itu dibela dan tidak dizalimi" tegas beliau.

"Tidak gunanya kita berbangga sebagai sebuah negara umat Islam tetapi tidak prihatin dengan apa yang berlaku ke atas saudara sesama Islam di Rantau yang sama" ulas beliau lagi.

"Kita mahu umat Islam di sana dibantu, dan mendesak kerajaan Malaysia jangan hanya berpeluk tubuh, hulurkan tangan persaudaraan sesama Islam untuk membantu umat Islam di sana"

"Seluruh umat Islam di dunia seperti satu tubuh sepertimana sabda Rasulullah s.a.w , apa yang dirasai oleh umat Islam di Myanmar akan turut dirasai oleh umat Islam di sini"tegas beliau lagi.

"Dalam masa yang sama ,kita juga menyeru umat Islam di Malaysia turut mendoakan kepada saudara kita di Myanmar dan seluruh dunia agar dipermudahkan urusan mereka serta dikurniakan kesabaran dan seterusnya memperolehi kemenangan di dunia dan di akhirat"ujar beliau.

Sebelum ini Harakahdaily melaporkan Warga Rohingya di Malaysia berkumpul berhampiran kedutaan Amrika Syarikat memohon bantuan antarabangsa untuk menyelamatkan saki baki keluarga mereka yang berada di Myanmar.

Mereka merayu bantuan antarabangsa menangani insiden terbaru yang berlaku di wilayah Arakan, Myanmar sekarang ini.

You are here: