Dewan Ulamak PAS Pusat

Parti Islam Se-Malaysia PAS

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Ukhuwwah Pemangkin Kekuatan Untuk Mencipta Kemenangan

E-mail Cetak PDF

Gombak. 29hb Jan 2012. Ukhuwwah merupakan syarat  dan pemangkin untuk mencipta kemenangan dalam pilihanraya umum yang akan datang  khususnya untuk menumbangkan Umno.

Demikian tegas AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Aby dalam pembentangan kertas kerja yang bertajuk Isu-isu semasa dan Taakhi II yang diadakan di Dewan Fadzil Noor, KUIZM hari ini sempena Ijtimak Perdana Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan.

Menurut beliau lagi yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan, ukhuwwah hanya dapat dijalin sekiranya kita mempunyai persepsi  dan prasangka yang baik sesama anggota jamaah dalam saf perjuangan untuk meruntuhkan kezaliman Umno.

Perpecahan merupakan penghalang utama untuk mencipta kemenangan menuju ke Putrajaya. Hanya dengan perpaduan yang utuh dan saling memahami sesama ahli akan membantu kita mencipta sejarah.

Berprasangka baik merupakan diantara tuntutan utama Islam dalam hidup berjamaah.

Pembentangan kertas kerja tersebut dibentangkan dihadapan kira-kira 800 orang peserta dan petugas PAS dari seluruh jentera dan sayap parti di Wilayah Persekutuan.

You are here: