Dewan Ulamak PAS Pusat

Parti Islam Se-Malaysia PAS

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Dakwaan Zulkifli Berpunca Dari Kejahilan, Liwat Isteri Termasuk Dalam Bab Syubhah

E-mail Cetak PDF

Kuala Lumpur, 21hb Okt 2011. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Yb. Dato’ Tuan Guru Hj Harun Taib,menyifatkan dakwaan ahli parlimen Kulim- Bandar Baharu , Datuk Zulkifli Nordin melambangkan kejahilan beliau dalam hukum hakam yang berkaitan dengan hukum syarak.  Menurut beliau lagi , hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ahli parlimen tersebut bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri. Selain itu ahli parlimen itu juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggahan dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah umur 15 tahun sepertimana yang dilaporkan oleh harakahdaily semalam.

“Liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud, ianya bukan bererti bahawa perbuatan itu tidak salah, ianya tetap salah cuma tidak termasuk dalam hukum hudud, dari sudut hukuman ianya akan dikenakan hukum takzir dan bukannya hudud” tegas beliau.

“Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku shubhah di situ, untuk makluman beliau, dalam perlaksanaan hudud , seperkara yang mesti diambil kira dalam perlaksanaan ialah perlaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu ‘tudra’ul (Idra'ul) hudud bi syubuhat’ iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah, persoalannya di mana shubhah itu dalam kes ini? Shubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah ‘ syubhatul Milk’ iaitu shubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri ”tambah beliau lagi.

“Beliau sebagai ahli parlimen tidak sepatutnya membaca sepintas lalu tanpa merujuk kepada para ulamak, pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri bukan ikut akal fikiran manusia yang lemah” tegas beliau lagi.

Beliau turut mengulas tentang dakwaan ahli parlimen itu bahawa had umur 18 tahun bercanggahan dengan hukum syarak.

“Masalah berkenaan had baligh seseorang muslim itu, sebenarnya ianya adalah perkara khilafiah, ianya bukan suatu yang qat’ie , ada ulamak dalam mazhab Syafie kata 15 tahun, barulah seseorang itu dianggap baligh, kalau dalam mazhab Hanafi mereka kata 18 tahun barulah dikira sebagai mukallaf, jadi dalam isu yang beliau bangkitkan ini maka kita mengambil had umur yang paling tinggi supaya tidak berlaku masalah khilafiah, sebagai contoh kalau kita ambil umur 15 , nanti apabila perbicaraan diadakan, mungkin pihak peguam tertuduh akan mendakwa bahawa anak guamannya bermazhab hanafi semata-mata untuk lari dari hukuman, jadi kita ambil pandangan 18 tahun supaya tidak berlaku ‘at-tahayul’ atau helah dalam perbicaraan, itu hanya satu sebab mengapa kita pilih 18 dan di sana masih ada sebab-sebab yang lain yang boleh kita rujuk kepada buku-buku feqah” ujar beliau lagi yang juga merupakan adun Manir Terengganu.

You are here: