Dewan Ulamak PAS Pusat
|
| Pejabat Agung PAS |
| Tingkat 2, 318-A, Jalan Raja Laut |
| Kuala Lumpur |
| 50350 |
| Malaysia |
|
+60326925000 |
|
+60326937227 |
|
Parti lslam Se-Malaysia atau ringkasnya disebut PAS adalah sebuah parti politik yang diluluskan pendaftarannya pada 31hb. Mei 1955. Pada awalnya ia didaftarkan atas nama Persatuan lslam Se-Malaya. Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara. Dasar dan pegangan PAS tidak lain daripada memperjuangkan lslam. Dasar ini tidak pernah berubah dari dahulu hinggalah sekarang. PAS bergerak dan bekerja untuk kedaulatan lslam. PAS terus menjadikan lslam sebagai landasan perjuangan dan menjadikan lslam sebagai matlamat gerak kerjanya. |





























