Dewan Ulamak PAS Pusat

Parti Islam Se-Malaysia PAS

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

MCA Hina Rasulullah S.A.W Melalui Hudud, UMNO Subahat Sama ?

E-mail Cetak PDF

Oleh : Al-Fadhil Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh

(Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat)

Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MCA ke-59 nampaknya terus meracau apabila berkata bahawa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat. Bahkan dakwaan ini sangat pelik apabila beliau tidak menamakan mana-mana negara dalam ucapannya tersebut untuk menghina Hudud.

Ulamak UMNO sepatutnya mengajar Datuk Seri Chua bahawa menghina Hudud adalah menghina Islam kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam. Begitu juga memperlekehkan Hudud adalah sebenarnya memperlekehkan Allah dan RasulNya s.a.w. kerana Allah adalah pencipta undang-undang Hudud dan Rasulullah s.a.w. adalah pembawa risalah Islam termasuklah risalah Hudud. Justeru, memperlekeh dan menghina Hudud adalah bermakna memperlekeh dan menghina pencipta Hudud dan pembawa risalahnya.

Jika UMNO begitu marah terhadap pembikinan filem Innocence of  Muslims yang menghina Rasulullah s.a.w., UMNO juga sepatutnya sangat marah terhadap keceluparan Datuk Seri Chua kerana menghina Rasulullah s.a.w. yang membawa ajaran Hudud.

Baca lagi...

Pembinaan Pelapis di Kalangan Ulamak Terus Dikukuhkan

E-mail Cetak PDF

Kota Bharu: Pembinaan dan penyediaan pelapis ulamak di setiap sudut dan peringkat digesa agar terus diperkukuhkan. Ulamak Pelapis memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan cita-cita dan hasrat parti. 

Perkara ini dinyatakan oleh yang berbahagia ustaz Dato Muhammad Daud Iraqi dalam ucapan penutupnya pada program Tajnid Intikhabi Dewan Ulamak PAS Pusat semalam di PCB Kelantan.

Program yang berlansung sejak pagi itu membincangkan pelan dan gerak kerja PRU 13 bagi peringkat DUPP. Jelasnya lagi, penyediaan ini penting dalam kita mempastikan bahawa kemenangan yang diperolehi diisi oleh mereka yang memahami Islam yang sebenar.

Baca lagi...

Agenda Pengumpulan Ahli Diperkasa

E-mail Cetak PDF

Kota Bharu,20 Okt: Ulamak Pelapis Pas Pusat mengambil sikap positif dan proaktif melalui seruan Jabatan Pilihanraya Dewan Ulamak Pas Pusat. Perkara ini dijelaskan oleh Timbalan Pengerusi Lajnah Keahlian dan Ulamak Pelapis Pas Pusat Ustaz Azhar b Yahya.

Beliau ditemui sejurus selesai membentangkan Pelan Tindakan Pelaksanaan Gerak Kerja pru 13 peringkat ulamak pelapis dalam program tajnid intikhabi anjuran Dewan Ulamak Pas Kelantan dengan kerjasama Dewan Ulamak Pas Pusat. Dalam seruan dan saranan Pengarah Jabatan Pilihanraya Dupp, Ustaz Mat Zain menegaskan peranan ulamak pelapis perlu dipertingkatkan lagi tanpa menafikan prestasi sedia ada.

Baca lagi...

Umno Tidak Dakwah Chua Soi Lek Isu Hudud

E-mail Cetak PDF
KUALA LUMPUR: Kenyataan berterusan oleh pimpinan MCA mempertikaikan hukum-hakam dan perundangan Islam membuktikan Umno tidak menjadikan perkongsian kuasa Barisan Nasional sebagai medium dakwah.

“Walaupun setelah berpuluh tahun Umno berpakat dengan parti bukan Islam untuk memerintah Malaysia, mereka masih gagal memberi penjelasan tentang Islam yang sebenarnya kepada rakan-rakan politik mereka di kalangan bukan Islam,” kata Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin A. Razali.

Katanya, kenyataan terkini Presiden MCA, Chua Soi Lek dalam satu video blog mendakwa jika hudud dilaksanakan di negara ini, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan kerja adalah satu lagi bukti kegagalan Umno menyampaikan dakwah Islam.

Baca lagi...

Mana Perginya Fathul Bari?

E-mail Cetak PDF

Oleh: Ustaz Azhar bin Yahya, Timbalan Ketua Ulamak Pelapis PAS (Pusat).

Ketika Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya Hudud dilaksanakan di Malaysia, ramai tertanya-tanya, dimanakah Fathul Bari yang dilihat sunyi sepi tidak membantah kenyataan tersebut.

Persoalan ini timbul apabila Fathul Bari sebelum ini banyak mengeluarkan kenyataan mewakili Ulamak UMNO dalam berbicara tentang agama. Sepatutnya kenyataan Datuk Seri Chua ini menjadi perhatian beliau untuk ditegur tanpa lengah kerana ia berkait rapat dengan kesucian Islam dan sensitiviti umat Islam.

Adakah beliau memilih isu menguntungkan sahaja untuk mengulas. Isu-isu yang merugikan politik UMNO ditinggalkan walaupun ia isu yang besar di sisi Islam.

Datuk Seri Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali sebenarnya menggunakan cara yang sama yang diajar oleh UMNO untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia. UMNO menakut-nakutkan orang ramai dengan pelbagai andaian yang karut sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Negara akan muflis, mundur ke belakang dan lain-lain lagi menjadi bebelan UMNO ke mana sahaja mereka pergi.

Baca lagi...

Laporan Audit : Inikah Prinsip Wasatiah Ajaran Umno BN ?

E-mail Cetak PDF
Kuala Lumpur : Laporan audit yang telah dikeluarkan baru-baru ini adalah kemuncak lambang kegagalan Umno BN menguruskan kekayaan negara dengan baik.

Ianya amat bertentangan  prinsip dengan prinsip wasatiah yang dicanangkan oleh Umno selama ini di seluruh negara bahkan memalukan umat Islam di negara ini. Rakyat sudah bosan dengan pembaziran, kebocoran dan ketirisan yang berlaku. Rakyat sudah tidak mampu menanggung lagi kerajaan yang sedia ada.

Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Nazmi Nik Din ketika mengulas berkenaan laporan yang terbaru dikeluarkan baru-baru ini yang memberikan isyarat bahawa Umno BN menjadi liabiliti kepada rakyat Malaysia sekarang yang mesti ditumbangkan dalam PRU yang akan datang.

Baca lagi...

Sistem ekonomi Bawaan Umno BN Bercanggah dengan Islam dan Gagal Bela Rakyat

E-mail Cetak PDF

Gombak :  Umno BN secara konsisten terus menjadi liabiliti kepada rakyat Malaysia. Kegagalan ini meletakkan Umno BN tidak layak untuk menguruskan kekayaan negara.Sistem cukai yang membebankan hanya mengkayakan kelompok kecil yang tertentu.

Demikian tegas sebahagian pembentang kertas kerja Wacana Analisis Bajet yang dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Wilayah dan Dewan Pemuda PAS Wilayah baru-baru ini di KUIZM.

Baca lagi...

Presiden PAS : Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat

E-mail Cetak PDF

Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :

لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت.

السيرة النبوية لابن كثير - ج 1 / ص 258 

(Sesungguhnya aku pernah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jud’aan satu persefahaman, sekiranya aku diajak bersamanya dalam Islam nescaya aku menerimanya).

Peristiwa bersejarah ini berlaku dimasa jahiliyah, ketika Rasulullah S.A.W. belum dilantik menjadi Rasul dalam usia dua puluhan. Apabila  bapa-bapa saudara baginda  membawanya menyertai pertemuan khusus dikalangan pemimpin utama Makkah. Rasulullah S.A.W. diizinkan menyertai perjumpaan khas itu dalam usia yang dianggap terlalu muda dan mentah, tetapi  diakui kebijaksanaanya yang luar biasa dan akhlaknya yang sangat mulia.

Peristiwa ini berlaku apabila seorang pengunjung Makkah daripada Qabilah Zubaid  Yaman yang berniaga, dizalimi oleh seorang bangsawan Makkah  bernama Al ‘Aas bin Waael. Pendatang yang dizalimi gagal mendapat pertolongan daripada rakan-rakan kenalannya, kerana kedudukan bangsawanan si zalim itu. Lalu mangsa kezaliman mendaki bukit Qubais berhampiran Kaabah melaungkan rayuan pertolongan dan mencabar bahawa kesucian Makkah dan keamanannya sudah tidak ada lagi.

Apabila seruannya didengari oleh para pemimpin Makkah yang sedang berkumpul, mereka merasa malu dan tercabar. Maka diadakan perjumpaan tergempar di rumah Abdullah bin Jud’aan dengan membuat keputusan satu muafakat yang dinamakan Half Al Fudul bagi menentang kezaliman dan membela sesiapa yang dizalimi.

Baca lagi...

Syariat Islam Yang Luas Disempitkan Umno!

E-mail Cetak PDF

SETIU - Perkara hukum-hakam, amalan dan perlaksanaan syariat Islam itu sebenarnya amat luas mencakupi seluruh kehidupan manusia akan tetapi, skopnya telah disempitkan oleh Umno.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga merangkap Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh, PAS menawarkan manifestonya berdasarkan syariat yang akan membawa kesejahteraan kepada hidup rakyat.

“Keberanian kita tampil untuk berdialog dengan rakyat secara terbuka adalah dalil keyakinan kita dengan apa yang ditawarkan di dalam manifesto. Samada ianya mengenai penyelesaian isu tanah, soal peluang pekerjaan, bekalan air percuma, hal-hal kebajikan hingga kepada cukai pintu dan kemudahan pendidikan… semuanya adalah demi kesejahteraan rakyat.”

Baca lagi...

PAS Perlu ‘Fikrah Tulen’ Untuk Kesinambungan Perjuangan

E-mail Cetak PDF
Oleh : Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek
(Ketua Lajnah Penyelidikan dan Penerbitan Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu)

PAS akan mengadakan muktamar tahunannya pada 14 November 2012 ini. Pilihanraya Umum ke 13 sehingga kini masih lagi menjadi teka-teki buat semua. Bagi BN, ia bukan setakat teka-teki bahkan insyaAllah menjadi igauan panjang tentang nasib BN selepas PRU 13 nanti. Jika ditaqdirkan Pakatan Rakyat menang dan menguasai Malaysia, maka ia satu lagi sejarah baharu buat PAS dan Pakatan Rakyat.  Ia juga akan menjadi satu cabaran buat PAS dalam kondisi politik yang lebih luas sepak terajangnya.

PAS adalah gerakan dakwah dan politik. Perjuangannya adalah mata rantai dari perjuangan Islam sebelumnya.  Justeru, sekiranya ia menjadi pemerintah sekalipun, sifat asalnya sebagai gerakan dakwah dan politik tidak pernah dan tidak boleh dilarut dan dicairkan dalam suasana baharu hanya semata-mata ia sudah memerintah dan menjadi kerajaan. Cuma pendekatan berbeza mengikut suasana. Pepatah Arab menyebut ‘li kulli maqamin maqal’ (Bagi setiap keadaan dan suasana itu ada penjelasannya tertentu).

Apabila disebut sifat asal gerakan, maka ia adalah prinsip perjuangan. Sementara mereka yang menjulang dan membawa gerakan itu pula, mestilah dari kalangan mereka yang telah memahami benar-benar apa yang dibawa. Bagi memahami perkara ini, seharusnya mereka telah melalui proses-proses tertentu dalam gerakan itu sendiri. Dengan lain perkataan yang lebih direct dan mudah, mereka ini mesti melalui proses tarbiyyah yang dikendalikan oleh gerakan PAS, yakin dengan tarbiyyah  yang diterima, wala’ kepada jemaah yang disertai dan bersedia menjadi pejuang sejati dalam PAS.

Baca lagi...

Mukasurat 9 drpd 59

You are here: