Dewan Ulamak PAS Pusat

Parti Islam Se-Malaysia PAS

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Amanat Haji Hadi: Ulama Muda UMNO, Kenapa Baru Sekarang?

E-mail Cetak PDF

Oleh: Haji Khair Mutanazzar bin Ismail, Pengerusi Ulamak Pelapis PAS (Pusat).

Isu kafir mengkafir menerusi ”Amanat Haji Hadi” dihangatkan lagi diambang PRU ke 13. Isu yang berlegar pada tahun 1981 cuba dihangatkan kembali oleh media dan akhbar tertentu. Bayangkan, sudah 31 tahun, ia kembali dihebohkan seolah-olah berlaku baru setahun dua. Memang ia merupakan isu yang menjadi petanda kepada paluan kompang pilihanraya.

Antara yang terlibat menimbulkannya adalah seorang ustaz muda, Fathul Bari, yang ketika isu ini bermula, baru berusia setahun dua.Dalam tulisannya dalam akhbar Sinar, beliau menekankan soal tabayyun (memastikan kedudukan sebenar) dalam menangani isu ini. Dengan membawakan contoh kisah Ammar dan keluarganya, soal takfir perlu disiasat sebelum hukuman dijatuhkan.

Kita bersetuju bahawa soal takfir bukan soal yang boleh dipermudah-mudahkan lantaran ia melibatkan soal batas iman dan kufur. Oleh sebab itulah, umat Islam perlu sentiasa diingatkan tentang batas-batas akidah. Pada masa yg sama, hukum kafir juga tidak boleh dijatuhkan sewenang-wenangnya. Justeru, para ulama hanya menekankan soal kaedah dalam batas iman tanpa menentukan secara khusus kepada siapa individu yang telah melanggar batas itu. Bahkan menjadi kewajipan ulama untuk sentiasa memperingatkan umat supaya batas iman itu sentiasa dipelihara. Adapun yg berhak menjatuhkan hukum kafir atau murtad adalah bidang kuasa qadhi atau hakim di mahkamah.

Baca lagi...

Amanat Haji Hadi: UMNO Terasa Pedasnya Cili ?

E-mail Cetak PDF

Oleh: Haji Khair Mutanazzar bin Ismail, Pengerusi Ulamak Pelapis PAS (Pusat).

Tiba-tiba sahaja isu PAS kafirkan UMNO melalui 'Amanat Haji Hadi' timbul. Sekian lama ia tidak pernah dibicarakan, tiba-tiba menjadi perbualan hangat di media seolah-olah ada perancangan rapi dan tujuan tertentu ia dibangkitkan.

Tidak dapat dinafikan bahawa UMNO sedang mencari isu untuk menyediakan suasana kondusif untuk mengadakan pilihanraya. Untuk menang, UMNO perlu mencari isu-isu yang menyerang PAS dan Pakatan Rakyat iaitu isu-isu yang boleh menjadi 'kambing hitam' untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap penyelewengan UMNO dan Barisan Nasional.

Pengakuan Deepak melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu pembunuhan Altantuya dan pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadap campurtangan Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam urusan polis sangat merimaskan UMNO untuk menghadapi pilihanraya. Amat sukar untuk UMNO dan Barisan Nasional menang dalam pilihanraya jika mereka dalam keadaan bertahan, tidak menyerang.

Justeru, peluru 'zaman Jepun' perlu digunakan untuk menyerang balas Pakatan Rakyat. 'Amanat Haji Hadi' dilihat isu yang terbaik untuk menyerang walaupun ia adalah isu lapuk. UMNO silap jika menyangka bahawa peluru tersebut boleh mematikan sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Rakyat telah pun memahami bahawa isu ini ditimbulkan hanyalah kerana pilihanraya makin hampir.

 

Baca lagi...

Ketokohan Ulamak Muktabar Bermula Dari Usia Muda

E-mail Cetak PDF

Gombak: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairudin Aman Razali Attakiri menggesa Ulama Pelapis membina keterampilan diri pada usia muda ini kerana para ulama terkemuka telah menjadi terkenal sebelum mencapai usia 40 tahun. Segala ilmu yang dikuasai ialah berdasarkan kepada pembacaan dan penguasaan ketika usia muda.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Tajnid al-Judud, program perkaderan Ulamak Pelapis Pusat yang diadakan di KUIZM pada Hari Sabtu yang lalu. Program ini telah mendapatkan sambutan yang baik dengan kehadiran dari peserta yang mencecah 200 orang dari kalangan graduan pengajian Islam, sejak 5 tahun kebelakangan. Ia merupakan program yang dirancang untuk menyusun tenaga baru di kalangan graduan muda untuk membantu Dewan Ulama khasnya dan PAS amnya.

Baca lagi...

Kepimpinan Ulamak Menurut Perspektif Islam

E-mail Cetak PDF

Oleh: Ustaz Haji Azhar bin Yahya, Timbalan Pengerusi Ulamak Pelapis PAS (Pusat)

tn_azharyahya_03Hukum asal untuk melantik pemimpin dalam Islam adalah alim dalam ilmu syarak, mengetahui dan mampu mengeluarkan hukum sehingga ke tahap ijtihad. Khulafa' ar-Rasyidin adalah mereka yang alim dan mampu berijtihad. Bahkan para Nabi dan Rasul yang memimpin manusia adalah alim dalam selok belok agama. Oleh kerana itu, para fuqaha' bersepakat bahawa kemampuan berijtihad dan mengeluarkan hukum adalah menjadi syarat untuk dilantik menjadi pemimpin. Mereka tidak menerima untuk dibuang syarat ini kecuali dalam keadaan dhorurat (Lihat Dr. Qaradhawi, Min Fiqhi ad-Daulah, 1997).

Justeru, Para Ulamak mampu memenuhi syarat tersebut kerana kemampuan mereka merujuk al-Quran dan as-Sunnah. Kepimpinan Ulamak bukan pengaruh Syiah sebagaimana yang diamalkan di negara Iran hari ini, tetapi ia bersumberkan kepada hukum yang dikeluarkan oleh para Fuqaha' Islam.

Baca lagi...

PAS Tetap Konsisten Dengan Dasar Perjuangan

E-mail Cetak PDF

tn_haruntaib_07Kuala Lumpur - Umno cuba memperdaya rakyat dengan mengulangi isu yang sama berkali-kali kononnya, PAS kini telah terkeluar dari dasar perjuangannya untuk menubuhkan Negara Islam, berbanding sekarang mengemukakan Negara Berkebajikan.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib berkata, dengan membuat dakwaan seperti itu, jelas menunjukkan pemimpin Umno tidak faham tentang Negara Berkebajikan, tetapi mereka hanyalah bermain dengan istilah semata.

Baca lagi...

Tajnid Al-Judud

ban_tj12

Baca lagi...

Royalti Terengganu:Ulamak Ajak Rakyat Berdoa Dan Terus Berjuang

E-mail Cetak PDF

Kuala Terengganu – Pembayaran tunai royalti minyak yang diberikan kepada kerajaan dan rakyat negeri Terengganu adalah berdasarkan perjanjian yang telah dibuat diantara kerajaan pusat, Petronas dan kerajaan negeri Terengganu, dibawah Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS, Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, dalam ajaran Islam, perjanjian yang telah dibuat tidak boleh dibatalkan dengan mudah.

Baca lagi...

Jangan polemikkan Isu Perlantikan Perdana Menteri.

E-mail Cetak PDF

Oleh:
Ustazah Izzah Masturah Binti Eshmaeel
Ahli Jawatankuasa Ulamak Pelapis PAS (Pusat)

Muktamar PAS yang selesai melabuhkan tirainya telah mencetuskan satu isu baru apabila ditegaskan bahawa calon yang terbaik untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan datang adalah Tuan Guru Presiden PAS sendiri. Pelbagai respon telah timbul sama ada menyokong cadangan ini atau sebaliknya. Kritikan terhadap pandangan yang dilontarkan tersebut adalah satu perkara biasa yang pasti akan berlaku dalam membincangkan mana-mana pandangan yang timbul apatah lagi sekiranya isu yang terbabit adalah isu siapakah Perdana Menteri Malaysia akan datang sekiranya Allah memberikan keizinan kepada Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya terdekat.

Baca lagi...

Abdul Shukur Harun Sangsi Wibawa Presiden?

E-mail Cetak PDF

Oleh: Ustaz Haji Khirul Muntanazar bin Ismail.

tn_khirulmuntanazar_02Muktamar kali ke 58 yang diadakan oleh PAS baru-baru ini telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri. Pelbagai isu telah dibangkitkan oleh perwakilan sebagai muhasabah kepada seluruh ahli dan kepimpinan bagi memantapkan parti, apatah lagi dalam persiapan untuk mendepani Pilihanraya Umum yang boleh berlaku bila-bila masa daripada sekarang.

Syabas dan tahniah kepada semua pembahas yang telah berjaya menjadikan muktamar kali ini hidup dan segar. Cadangan, usul dan teguran menjadi rempah ratus yang mengenakkan telinga apabila mendengarnya. Garam dan gula diletakkan secukup rasa bagi memastikan perjalanan PAS pada masa akan datang tidak terhalang dengan pelbagai cabaran dalaman dan luaran.

Baca lagi...

PAS Relevan Dalam Realiti Baru

E-mail Cetak PDF

Oleh: Ustaz Haji Khirul Muntanazar bin Ismail

tn_khirulmuntanazar_01PAS adalah parti yang sentiasa terbuka untuk menerima teguran dan kritikan sama ada daripada dalam atau luar parti. Dalam muktamar baru-baru ini, ahli diberikan hak seluas-luasnya untuk menegur pimpinan. Isu penolakan terhadap Kepimpinan Ulamak, penstrukturan semula Harakah, ketegasan dalam perlaksanaan undang-undang Islam  dan lain-lain telah menjadi fokus para perwakilan untuk menegur pimpinan. Ia jauh sekali berbanding parti UMNO yang menutup pintu ahlinya untuk menegur.

PAS juga bersedia untuk menerima teguran daripada luar. Bahkan PAS menjemput mereka untuk berdialog dan menegur secara direct dalam majlis yang dianjurkan oleh PAS sendiri walaupun ada orang yang sehingga sekarang tidak memberikan tarikh setelah bersetuju untuk datang.

Baca lagi...

Mukasurat 5 drpd 59

You are here: