Dewan Ulamak PAS Pusat

Parti Islam Se-Malaysia PAS

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Suburkan Ilmu di 'fan page' Dewan Ulamak PAS Pusat

E-mail Cetak PDF

KUALA LUMPUR: Tidak mahu ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi semasa, Dewan Ulamak PAS Pusat turut memanfaatkan medium jaringan sosial Facebook untuk menyampaikan dakwah mereka kepada masyarakat.

Dengan pendekatan ini, mereka yang sering kali dipersepsikan dengan gambaran kumpulan berjubah dan berserban, kini cuba untuk lebih dekat dengan masyarakat agar lebih mengenali mereka.

Baca lagi...

Boleh Undi Calon Bukan Islam Untuk Tumbang Kezaliman

E-mail Cetak PDF

KUALA LUMPUR: Tidak ada sebarang masalah bagi orang Islam untuk mengundi calon bukan Islam pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti jika langkah itu boleh menjuruskan ke arah menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman yang berlaku dalam negara ini.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali berkata para ulama Islam sepakat bahawa menghapuskan kezaliman adalah wajib, apatah lagi apabila melibatkan kezaliman dan kemungkaran pemerintah yang diberi amanah menjaga maslahah rakyat.

Baca lagi...

Kalimah Allah : Tiada Percanggahan Antara Pemimpin PAS

E-mail Cetak PDF

KUALA LUMPUR: Kenyataan para pemimpin PAS mengenai kalimah “Allah” tidak bercanggah antara satu sama lain, malah ia selari dengan pendirian dan ketetapan Majlis Syura PAS yang diputuskan dalam mesyuaratnya pada 13 Januari lalu.

Dalam ketetapan menerusi mesyuarat itu, Majlis Syura memutuskan, sesiapapun boleh menggunakan kalimah “Allah”, namun ia tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia dan demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Setiausaha Majlis Syura PAS, Dato’ Nik Muhamad Zawawi Salleh menegaskan, menterjemah kalimah “God” atau “Lord” dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan “Allah” tidak dibolehkan kerana ia salah daripada segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

Baca lagi...

Kenyataan Majlis Syura berkenaan Isu Kalimah Allah:Impian Umno Perdaya Umat Islam Ranap

E-mail Cetak PDF

Oleh : Al-Fadhil Ustaz Dato' Nik Muhammad Zawawi Salleh

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.

Umno BN telah mengalami kekecewaan demi kekecewaan menjelang pilihanraya umum ke 13 untuk memperdayakan umat Islam negara ini. Yang terbaru ialah berkenaan isu yang berkaitan kalimah Allah. Dengan keluarnya kenyataan Majlis Syura Ulamak PAS, ianya secara lansung meletakkan Umno BN dalam keadaan serba salah menjelang persiapan PRU ke 13.

Maka terserlahlah kepada rakyat Malaysia bagaimana peranan Umno yang cuba memecahbelahkan umat Islam melalui tindakan terdesak memutar belitkan kenyataan Dato' seri Tuan Guru Presiden PAS walaupun mereka tahu sebenarnya tiada percanggahan yang wujud dalam kenyataan Dato' Seri Tuan Guru Presiden dengan mana mana pimpinan PAS.

Kenyataan Presiden PAS adalah jelas tetapi ianya telah sengaja disalah ertikan oleh Umno yang dimainkan oleh media media arus perdana untuk survival hari hari terakhir mereka. Dengan kenyataan terbaru Majlis Syura Ulamak PAS ini, ianya meranapkan sama sekali cita -cita Umno untuk megikis kepercayaan umat Islam negara ini terhadap PAS.

Dengan kenyataan Majlis Syura Ulamak PAS ini juga, ianya menunjukkan bahawa kepimpinan PAS tidak berbeza pandangan berkenaan Isu kalimah Allah ini,sebaliknya ianya saling melengkapi di antara satu sama lain. Huraian Tuan Guru Presiden PAS berkenaan penggunaan kalimah Allah di dalam Al-Quran telah secara sengaja difahami luar daripada konteksnya yang sebenar oleh Umno BN untuk memperdayakan Umat Islam negara ini. Namun rakyat Malaysia sudah pun cerdik menilai siapa Umno yang sebenarnya.  Umno sekali lagi terpaksa 'gigit jari'.

Baca lagi...

Keputusan DUPP Berhubung Penggunaan Kalimah ALLAH Oleh Bukan Islam di Malaysia.

E-mail Cetak PDF

Berikut kenyataan rasmi Dewan Ulamak PAS Pusat :

Dewan Ulamak PAS Pusat yang bermesyuarat pada hari Sabtu yang lalu yang bertarikh 12 hb Januari 2013 membuat keputusan bahawa kalimah Allah yang merujuk kepada Allah yang Maha Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan merupakan kata nama khusus bagi aqidah umat Islam dan tidak boleh digunakan dalam Bible.

Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak Berkenaan Isu Kalimah ALLAH

E-mail Cetak PDF

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1)    Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

2)    Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.

3)    Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.

Baca lagi...

'Amanat Haji Hadi' Suatu Kelebihan Kepada Pejuang Islam

E-mail Cetak PDF

Gombak :Ustaz Mokhtar Senik menyatakan bahawa isu 'Amanat Haji Hadi' yang ditimbulkan oleh UMNO dan Barisan Nasional adalah sebenarnya memberi peluang dan kelebihan kepada para pejuang Islam khususnya pendokong PAS.

Beliau yang merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang berkata demikian ketika mengulas kertas kerja yang dibentangkan di program Diskusi Ilmiah Ulamak Pelapis PAS (Pusat). Kertas kerja tersebut dibentangkan oleh Ustaz Asri bin Daud, AJK Ulamak Pelapis PAS (Pusat) di bawah tajuk: 'Amanat Haji Hadi: Menentang Fikrah Sekular'.

Baca lagi...

Ulamak Pelapis Diskusi Isu 'Amanat Haji Hadi'

E-mail Cetak PDF

Gombak : Ulamak Pelapis PAS (Pusat) telah menganjurkan Diskusi Ilmiah bagi membincangkan tajuk: "Amanat Haji Hadi: Menentang Fikrah Sekular." Ia telah dibentangkan oleh Ustaz Mohd Asri bin Daud, AJK Ulamak Pelapis PAS (Pusat) dan diulas oleh Ustaz Mokhtar Senik, Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang merangkap AJK Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP). Diskusi ini disertai oleh ahli Ulamak Pelapis PAS daripada semua peringkat.

Menurut Ustaz Ahmad Mouhyideen Hasyim, pengarah program, diskusi ini diadakan bagi membincangkan isu yang hangat diperkatakan ketika ini iaitu 'Amanat Haji Hadi' secara ilmiah. Walaupun isu ini dibangkitkan oleh UMNO untuk mendapat keuntungan politik semata-mata khususnya dalam menghadapi PRU 13, isu ini tetap perlu dibincangkan secara ilmu agar segala kekeliruan dapat dirungkai dengan baik. Ia perlu ditangani secara ilmiah dan juga politik. UMNO dan Barisan Nasional bukan menimbulkan isu lapuk ini untuk kepentingan aqidah tetapi hanya untuk memburukkan PAS di mata masyarakat demi memenuhi kehendak nafsu mengekalkan kuasa selepas PRU nanti.

Baca lagi...

Dewan Ulamak PAS Bersama Rakyat di HKR Sabtu ini

E-mail Cetak PDF

KUALA LUMPUR:(Oleh Salmiyah Harun)Dewan Ulama PAS Pusat akan turut serta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari, Sabtu ini.

Setiausaha Dewan Ulamak Dr Khairuddin At Takiri berkata ahli Ulamak akan membanjiri Stadium Merdeka dengan diketuai oleh Naib Ketua Dewan Ulamak Dr Mahfodz Mohamed.

Beliau juga menyeru semua rakyat yang prihatin dengan masalah negara agar turun dalam himpunan itu untuk menyatakan pandangan dan menuntut pemerintahan yang telus berasaskan Al Quran dan Sunnah.

Baca lagi...

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat : Penjelasan Isu Kalimah Allah

E-mail Cetak PDF

Saya ingin menjelaskan bahawa laporan berita bertajuk "Ulama PAS tetap tidak setuju bukan Islam guna kalimah Allah" yang dikeluarkan oleh MStar pada 9 Januari 2013 adalah telah memetik secara salah apa yang saya sebutkan.

Kenyataan awal saya yang berkenaan adalah ketika saya diminta memberi komen terhadap permintaan pihak-pihak tertentu supaya dibenar penggunaan terjemahan Allah dalam bible berbahasa melayu beberapa minggu yang lalu.

Tajuk itu sepatutnya berbunyi seperti ini "Ulamak Pas tetap tidak setuju bukan Islam guna kalimah Allah di dalam kitab mereka bagi mengantikan perkataan 'God' "

Baca lagi...

Mukasurat 4 drpd 59

You are here: