Dewan Ulamak PAS Pusat

Parti Islam Se-Malaysia PAS

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pertahan Islam Agenda Utama PAS dalam Pakatan

E-mail Cetak PDF

KUALA TERENGGANU: PAS mengulangi pendirian tegas bahawa kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) tidak merugikan orang Melayu dan Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan meneruskan kerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR selagi dapat mempertahankan Melayu Islam.

Namun, katanya jika kerjasama itu merugikan Melayu dan Islam, PAS tidak ragu-ragu untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

“PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan KeADILan (PKR) selagi dapat mempertahankan Melayu Islam. Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat.

Baca lagi...

Hormati Pendirian dan Prinsip PAS

E-mail Cetak PDF

PAS tetap mempertahankan Prinsip Islam dalam sebarang isu yang melibatkan kepentingan agama Islam yang menjadi teras perjuangan dan prinsip PAS.

Lantaran itu, rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami dan mengerti akan perjuangan dan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS.

Prinsip PAS tidak samasekali akan berubah untuk mempertahankan Islam sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan Parti Islam Semalaysia PAS.

Namun PAS tidak berbelah bahagi serta meletakkan komitmen yang paling maksimum dalam perjuangan menumbangkan kezaliman dan membela golongan yang tertindas yang dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional atau mana-mana pihak yang lain.

Sehubungan dengan itu, gesaan mana-mana pihak khususnya oleh Pengerusi DAP,Yb. Karpal Singh supaya pihak Majlis Syura Ulamak PAS mengkaji semula isu sepertimana yang dibangkitkan oleh beliau terjawab dengan penjelasan yang telah saya berikan seperti di atas.

Baca lagi...

Cukai di Malaysia Membebankan

E-mail Cetak PDF

KUALA NERUS - (Buletinonline)Setiausaha Dewan Ulamak PAS Malaysia, Dr Ustaz Khairuddin Aman Razali berkata dalam prinsip ekonomi Islam diharamkan seseorang peniaga melakukan perbuatan monopoli dalam menjual sesuatu barangan yang menyebabkan harga barangan dikawal oleh satu pihak sahaja.

Sebab itulah katanya, cerita harga gula naik harga, harga tepung naik harga adalah akibat dari kegiatan monopoli.

Beliau menjelaskan, ada empat keperluan dalam hidup manusia seharian iaitu rumah kediaman, makanan, pakaian dan keperluan kenderaan yang perlu disediakan oleh pemerintah dan tidak boleh dikawal.

Namun begitu, beliau berkata, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) gagal menjadikan ajaran Islam dan contoh tauladan nab Muhammad SAW, justeru telah mengawal keperluan hidup tersebut.

Baca lagi...

Kerajaan Adil, Negara Stabil

E-mail Cetak PDF

Oleh : Nik Muhammad Nasri Nik Malik
Pengerusi Lajnah Penerbitan dan Penyelidikan
Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu

Artikel ini merupakan pemenang saguhati pertandingan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran Surah an-Nisa ayat 58.
Allah berfirman di dalam al-Quran, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat." (Surah an-Nisa : ayat 58)

Baca lagi...

Dewan Ulamak Sokong Manifesto PAS Terengganu

E-mail Cetak PDF
Marang - Dewan Ulamak PAS menyambut baik cadangan yang dikemukakan PAS Terengganu dalam manifestonya menjelang pilihan raya umum ke 13 ini, kata Setiausahanya, Dr. Khairudin Aman Razali

Bagi beliau, kesemua 10 cadangan manifesto itu amat wajar untuk keperluan rakyat negeri ini dalam menghadapi kekangan pelbagai masalah di Terengganu khasnya kenaikan harga barangan yang sangat menjolok mata.

Baca lagi...

Ulamak Mahu BekasTentera diberikan Pembelaan

E-mail Cetak PDF

KUALA LUMPUR: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali berkata, kerajaan Malaysia mestilah lebih prihatin terhadap nasib bekas tentera dan polis.

"Insya Allah, Pakatan Rakyat memberi jaminan angkatan tentera, wakil-wakil mereka dan orang yang pencen, insya Allah akan diberikan tempat yang  terbaik dan hak yang terbaik, hak yang adil memberikan hak kepada orang yang berhak," ujarnya dipetik BuletinOnline.

Baca lagi...

Dewan Ulamak PAS Pusat Rakam Takziah kepada MDQ

E-mail Cetak PDF

Kuala Lumpur - Dewan Ulamak PAS Pusat merakamkan takziah kepada pihak Maahad Darul Quran (MDQ) serta pihak-pihak yang terbabit di Rusila, Terengganu yang terbakar semalam.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin At Takiri menyatakan demikian ketika mengadakan lawatan ke MDQ semalam. Dalam lawatan tersebut beliau yang mewakili DUPP turut menyerahkan sumbangan kepada setiausaha sulit Presiden PAS dan wakil MDQ saudara Zaidan Daud. Beliau juga berharap orang ramai dapat menyalurkan bantuan untuk membangunkan semula MDQ yang terjejas akbiat kebakaran tersebut memandangkan MDQ merupakan institusi yang banyak memberikan sumbangan melahirkan tokoh tokoh agamawan yang disegani masyarakat.

Baca lagi...

Dewan Ulamak Terengganu Optimis Rakyat Lakukan Perubahan

E-mail Cetak PDF

Kuala Terengganu - Program Berprestij, Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno Kali Ke - 7 (PGU7.0) yang akan diadakan pada 15 dan 16 Februari ini akan menjadi medan 'dialog bersama rakyat' khususnya berkaitan manifesto pilihanraya umum kali-13 PAS negeri Terengganu.

Menurut  Ketua Dewan Ulama' PAS Terengganu, Dato' Ustaz Hussain Awang, PAS menawarkan pemerintahan yang lebih baik kepada rakyat negeri Terengganu sekiranya diberi mandat memerintah selepas PRU-13 akan datang.

Baca lagi...

Isu Kalimah Allah Sudah Selesai Diputuskan

E-mail Cetak PDF

Kuala Lumpur: Isu berkaitan kalimah Allah sudah selesai diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS. Ianya merupakan keputusan yang amat jelas sepertimana dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulamak PAS sebelum ini.

Demikian tegas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Yb Tuan Guru Dato' Harun Taib ketika dihubungi oleh pihak kami.

Baca lagi...

Dewan Ulamak Optimis Rakyat Sabah Lakukan Perubahan dalam PRU 13

E-mail Cetak PDF

KOTA KINABALU: Penduduk Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu, yang terletak kira-kira 10 hingga 15 minit dari Pulau Gaya mempunyai hanya kira-kira 400 penduduk di 70 buah rumah merintih diabaikan BN sekian lama.

Ketua Penduduk Pulau Sepanggar yang juga Ketua SAPP (Sabah Progressive Party), Haji Ahmad Abu Bashar berkata sudah sekian lama penduduk Pulau Sepanggar diabaikan kerajaan Barisan Nasional.

Baca lagi...

Mukasurat 3 drpd 59

You are here: